KURSUS UMRAH BERKALA AL-ZAHABI TRAVEL

Mac 24, Telah berlansung Kursus Umrah Berkala Al-Zahabi Travel bersama Prof Madya. Dr. Hj. Mohd Ismail di Masjid Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Program kursus umrah yang berlangsung  sarat dengan perkongsian berkenaan panduan perlaksanaan umrah yang sempurna serta perbincangan berkenaan isu-isu fiqh kontemporari berkaitan Umrah.

Program yang bermula pada jam seawal 8 pagi itu dihadiri hampir seramai 60 orang jemaah yang terdiri daripada jemaah umrah bersama Al-Zahabi dan jemaah umrah yang bukan bersama Al-Zahabi. Kursus umrah terbuka yang diadakan oleh Al-Zahabi Travel ini bertujuan supaya lebih ramai lagi orang awam dapat menyertainya dan mendapat maklumat am mengenai Umrah dan panduan melaksanakannya.

Program itu diakhiri pada jam 12.30 tengahari sebelum waktu solat Jumaat dengan jamuan makan tengahari dan Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan mencapai objektif program secara kesuluruhan.

This slideshow requires JavaScript.