TERMA & SYARAT PEMBATALAN TEMPAHAN

Sebelum menandatangani sebarang dokumen penempahan, Jemaah adalah dinasihatkan untuk meneliti dan memastikan dokumen tersebut mengandungi perkara-perkara berkaitan pakej pelancongan, caj pembatalan yang boleh dikenakan bagi mana-mana tempahan yang dibatal, dan terma serta syarat bagi caj tersebut untuk dikenakan.

Bakal Jemaah berhak untuk membatalkan tempahan yang telah dibuat tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

  • Pembatalan tempahan mesti dibuat secara bertulis kepada agensi pelancongan untuk mengelakkan salah faham;
  • Pembatalan yang diterima oleh agensi pelancongan dalam tempoh 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, caj RM30.00 atau 2% daripada harga pakej akan dikenakan atas setiap seorang;
  • Pembatalan dalam tempoh 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan dikenakan;

 

Pembatalan Diterima

Caj Pembatalan Bagi Setiap Orang

22-44 hari bekerja

sebelum tarikh berlepas

Deposit tidak akan dikembalikan

15-21 hari bekerja

sebelum tarikh berlepas

35% daripada

harga pakej

8-14 hari bekerja

sebelum tarikh berlepas

50% daripada

harga pakej

3-7 hari bekerja

sebelum tarikh berlepas

75% daripada

harga pakej

2 hari bekerja

sebelum tarikh berlepas

100% daripada

harga pakej